Godok batinta

Godok batinta adalah makanan khas dari Sumatera Barat dan bahan utamanya adalah pisang dan tepung beras. Selain itu, bahan utama lainnya adalah gula merah. Mempunyai tekstur yang lembut didalam dan manis juga rangup dibahagian luarnya.[1][2] Disebut godok batinta kerana makanan ini dilumuri dengan gula merah juga berwarna perang kehitaman. Untuk membuat godok batinta, bahan yang diperlukan ialah pisang, tepung beras, kelapa yang diparut dan juga garam. Kemudian bahan itu dimasukkan didalam bekas dan dikacau rata dan dibentuk kecil-kecil.[2] Untuk membuat sirapnya hanya diperlukan gula merah dan daun pandan dan dicairkan sampai cair dan pekat.[2][3]